Regular

Komik Santai Sejarah Tingkatan 3

Komik Santai Sejarah Tingkatan 3 ini dihasilkan khusus bagi memudahkan calon Tingkatan 3 menguasai dan memahami kandungan berdasarkan keperluan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Murid sering merungut bahawa mata pelajaran Sejarah begitu padat dengan fakta dan maklumat serta membosankan sehinggakan mereka sukar memahami seterusnya menghabiskan sukatan pelajaran yang agak luas. Justeru, penghasilan buku ini adalah satu usaha untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih efektif. Sungguhpun buku ini berbentuk komik namun diimbangi dengan fakta dan maklumat yang memenuhi kandungan sukatan DSKP terkini.

Setiap bab turut disediakan soalan-soalan mengikut format dan piawaian instrumen PT3 terkini iaitu Bahagian A (Objektif-Aneka Pilihan), Bahagian B (Subjektif-Respons Terhad) dan Bahagian C (Subjektif-Respons Terbuka). Dengan menjawab soalan-soalanyang dikemukakan, dapat menguji kefahaman murid serta penguasaan kandungan DSKP Sejarah Tingkatan 3.

RM10

Komik Santai Sejarah Tingkatan 2

Komik Santai Sejarah Tingkatan 2 ini dihasilkan khusus bagi memudahkan calon Tingkatan 2 menguasai dan memahami kandungan berdasarkan keperluan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Murid sering merungut bahawa mata pelajaran Sejarah begitu padat dengan fakta dan maklumat serta membosankan sehinggakan mereka sukar memahami seterusnya menghabiskan sukatan pelajaran yang agak luas. Justeru, penghasilan buku ini adalah satu usaha untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih efektif. Sungguhpun buku ini berbentuk komik namun diimbangi dengan fakta dan maklumat yang memenuhi kandungan sukatan DSKP terkini.

Setiap bab turut disediakan soalan-soalan mengikut format dan piawaian instrumen PT3 terkini iaitu Bahagian A (Objektif-Aneka Pilihan), Bahagian B (Subjektif-Respons Terhad) dan Bahagian C (Subjektif-Respons Terbuka). Dengan menjawab soalan-soalanyang dikemukakan, dapat menguji kefahaman murid serta penguasaan kandungan DSKP Sejarah Tingkatan 2.

RM10

Komik Santai Sejarah Tingkatan 1

Komik Santai Sejarah Tingkatan 1 ini dihasilkan khusus bagi memudahkan
calon Tingkatan 1 menguasai dan memahami kandungan berdasarkan keperluan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Murid sering merungut bahawa mata pelajaran Sejarah begitu padat dengan fakta dan maklumat serta membosankan sehinggakan mereka sukar memahami seterusnya menghabiskan sukatan pelajaran yang agak luas. Justeru, penghasilan buku ini adalah satu usaha untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih efektif. Sungguhpun buku ini berbentuk komik namun diimbangi dengan fakta dan maklumat yang memenuhi kandungan sukatan DSKP terkini.

Setiap bab turut disediakan soalan-soalan mengikut format dan piawaian instrumen PT3 terkini iaitu Bahagian A (Objektif-Aneka Pilihan), Bahagian B (Subjektif-Respons Terhad) dan Bahagian C (Subjektif-Respons Terbuka). Dengan menjawab soalan-soalanyang dikemukakan, dapat menguji kefahaman murid serta penguasaan kandungan DSKP Sejarah Tingkatan 1.

RM10

RUMI DAN JAWI

Buku ini menjelaskan sejarah sistem ejaaan Rumi dan Jawi sebelum merdeka sehingga sekarang. Penulis juga memerihalkan sejarah, perkembangan, konsep, dan kaedah yang berkaitan dengan sistem ejaan Rumi dan ejaan Jawi.

Secara khususnya, penulisan buku untuk memudahkan pelajar PPSIMP di IPGM yang mengikuti kursus BMM1044. Segala maklumat dan keterangan yang terdapat dalam buku ini merujuk RMK yang digubal oleh pihak IPGM.Namun begitu, buku ini juga boleh menjadi pedoman untuk mana-mana individu yang berminat untuk mempelajari sistem ejaan Jawi yang semakain terhakis dalam kalangan masyarakat Malaysia, terutama orang Melayu.

Buku ini perlu kepada sesiapa saja untuk merujuk bahan yang berkaitan dengan sistem ejaan Rumi dan Jawi kerana yang diketengahkan oleh penulis merujuk isu-isu semasa ejaan Jawi dan cabaran untuk memartabatkan ejaan ini kerana banyak kekangan yang menghalang pelaksanaannya.

RM10

SRIKANDI DI PERSADA BAHASA MELINGKAR AKAR BUDI Karya Sumbangsih Sempena Persaraan DR. HAJAH MARIDAH ALIAS

Buku ini merupakan karya sumbangsih yang ditujukan khas kepada Dr. Hajah Maridah Haji Alias sebagai tanda menghargai sumbangan akademik dan khidmat kepimpinan yang diberikan beliau khasnya kepada Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan IPG Kampus Bahasa Melayu serta Kementerian Pendidikan Malaysia amnya. Ketokohan beliau dalam dunia akademik berkaitan bahasa Melayu sememangnya diakui oleh warga Kementerian Pendidikan khasnya dalam kalangan guru-guru dan pensyarah Institut Pendidikan Guru. Di samping itu, beliau juga menunjukkan keterampilan istimewa sebagai pentadbir organisasi di Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dan Institut Pendidikan Guru. Khidmat bakti yang telah dicurahkan oleh beliau akan terus menjadi kebanggaan dan kenangan sepanjang masa

RM10

KUMPULAN 101 PUISI PUISI MUKA BUKU #bukansekadarkary

Badrul melakukan apa-apa yang beliau suka dengan menggunakan medium
Facebook untuk berpuisi sebagai satu saluran eskapsinya dalam menyampaikan
gelodak rasa yang berkeliaran dalam minda marhaen intelektualnya atau yang
saya gelarkan sebagai puisi-puisi martel.
Apa itu puisi-puisi martel? Saya menghuraikannya begini. Kerjaya penulis
sebagai seorang ahli akademik sudah pasti dipenuhi dengan segala macam
metodologi penyelidikan, persoalan-persoalan signifikan atau tidak signifikan,
interpretasi data, hipotesis dan kesahan dapatan. Namun, pada sisi lain, Badrul
memiliki watak kemanusiaan yang tinggi. Menurut saya, Badrul seorang realis.
Ini dibuktikan dengan hampir keseluruhan puisinya membicarakan tentang
marhaen dan kemarhaenan, mengangkat dan mengungkap hal-hal biasa dalam
meladeni kehidupan sama ada kehidupan berkeluarga, bermasyarakat mahupun
isu-isu kenegaraan. Beliau membicarakan sesuatu yang sangat dekat dengan
kehidupan golongan terbanyak. Apabila membaca puisi-puisi beliau, seakan kita
sedang membaca diri kita sendiri.

RM10
Aku Bukan Raja

Aku Bukan Raja

AKU, berkisar tentang perkembangan diri seorang remaja dalam
mencari jati dirinya. Jas, bagi rakan sebaya manakala Aman dalam
kalangan ahli keluarganya berada di ambang usia dewasa. Berhadapan
dengan pelbagai gejolak jiwa dalam memenuhi tuntutan diri;
kecemerlangan STPM, memasuki universiti, sahabat, kekasih dan
cita-cita bagi mendepani kegetiran masa hadapan yang penuh cabaran.
Dilema ini dikeruhkan lagi dengan desakkan keluarga, darjat keturunan;
emak, pilihan menantu dan bapa, perniagaan keluarga. Sebagai anak
yang taat, dia akur akan senario yang menghambatinya. Jalan tengah
dipilih. Kecemerlangan akademik ditinggalkan manakala perniagaan
diraikan. Perniagaan sendiri menjadi pilihan lalu meminggirkan
perniagaan keluarga. Novel ini berlatarkan Muar dan Segamat, Johor
dan kawasan sekitarnya termasuk Sekolah Tinggi Muar, institusi
tersohornya. Lokasi ini begitu signifikan dalam sejarah Negeri Johor
abad ke-19, tapak Perang Jementah kaitan perjanjian tahun 1855,
peristiwa persaingan Keluarga Bendahara dan Temenggong dalam
menguasai Kerajaan Negeri Johor. Peristiwa Temenggong Daeng
Ibrahim dan anaknya Abu Bakar dengan bantuan Inggeris berjaya
mengetepikan tuntutan Sultan Ali ini diadun dalam novel bagi
memberikan justifikasi bahawa Jas adalah daripada keturunan darah
campuran Bugis dan Melayu. Sesungguhnya, karya ini menampilkan
nilai sejarah yang begitu bermakna bagi mengetahui bibit pengakhiran
Kerajaan Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga-Pahang.

RM1

Books

Citra Puisi Melayu Merentas Nilai Universal

Sastera merupakan citraan dalam kehidupan manusia di dunia ini. Puisi yang merupakan salah satu genre dalam karya sastera dapat dihubungkan dengan konsep nilai yang diperoleh berdasarkan perspektif Islam, budaya Melayu dan Barat. Melalui gabungan daripada ketiga-tiga perspektif nilai ini, dapat diteliti dan dilihat nilai-nilai yang berlandaskan kepada sifat-sifat universal seperti nilai patriotisme, perpaduan, kekeluargaan, kerajinan dan nilai-nilai luhur yang dijelmakan oleh penyair pelbagai kaum di Malaysia melalui puisi. Pemilihan nilai-nilai universal ini boleh disesuaikan dengan kehidupan masyarakat negara ini, walaupun mempunyai perbezaan agama, bangsa dan budaya. Kesesuaian nilai-nilai ini dapat dilihat melalui hubungan masyarakat mengikut acuan Malaysia yang antaranya telah digariskan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

RM10