Aku Bukan Raja

(0 User reviews)   9
Raja Abdul Rahman Raja Basok 978-967-17471-5-5 MK e-Solutions Sdn. Bhd 2019
356 Bahasa Malaysia Malaysia
Subscribe Now
Share

AKU, berkisar tentang perkembangan diri seorang remaja dalam mencari jati dirinya. Jas, bagi rakan sebaya manakala Aman dalam kalangan ahli keluarganya berada di ambang usia dewasa. Berhadapan dengan pelbagai gejolak jiwa dalam memenuhi tuntutan diri; kecemerlangan STPM, memasuki universiti, sahabat, kekasih dan cita-cita bagi mendepani kegetiran masa hadapan yang penuh cabaran.

Dilema ini dikeruhkan lagi dengan desakkan keluarga, darjat keturunan; emak, pilihan menantu dan bapa, perniagaan keluarga. Sebagai anak yang taat, dia akur akan senario yang menghambatinya. Jalan tengah dipilih. Kecemerlangan akademik ditinggalkan manakala perniagaan diraikan. Perniagaan sendiri menjadi pilihan lalu meminggirkan perniagaan keluarga.

Novel ini berlatarkan Muar dan Segamat, Johor dan kawasan sekitarnya termasuk Sekolah Tinggi Muar, institusi tersohor. Lokasi ini begitu signifikan dalam sejarah Negeri Johor abad ke-19, tapak Perang Jementah kaitan perjanjian tahun 1855, peristiwa persaingan Keluarga Bendahara dan Temenggong dalam menguasai Kerajaan Negeri Johor. Peristiwa Temenggong Daeng Ibrahim dan anaknya Abu Bakar dengan bantuan Inggeris berjaya mengetepikan tuntutan Sultan Ali ini diadun dalam novel bagi memberikan justifikasi bahawa Jas adalah daripada keturunan darah campuran Bugis dan Melayu.

Sesungguhnya, karya ini menampilkan nilai sejarah yang begitu bermakna bagi mengetahui bibit pengakhiran Kerajaan Kesultanan Melayu Johor-Riau-Lingga-Pahang.

There are no reviews for this eBook.

0
0 out of 5 (0 User reviews )

Add a Review

Your Rating *