Isu Semasa dan Cabaran Masa Depan

(0 User reviews)   10
Dr. Rosly Kayar, Meor A.M. Mohd Hamzah, Dr. ldrul Hisham Ismail 978-967-0036-07-6 MK e-Solutions Sdn. Bhd 2023
Akademik students
196 Bahasa Malaysia Malaysia
Subscribe Now

Penulisan buku Isu Semasa dan Cabaran Masa Depan lebih berfokus kepada implikasi isu konflik, perkembangan ekonomi dan global terhadap Malaysia, cabaran-cabaran, dan langkah mengatasi serta masa depan Malaysia dalam konteks perkembangan revolusi industri semasa dan globalisasi. Buku ini juga ditulis bagi memberi pengetahuan dan kefahaman kepada pelajar tentang isu-isu semasa dunia dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh Malaysia.

Buku ini membincangkan beberapa topik penting yang merangkumi lima bab iaitu:

isu-isu konflik semasa persempadanan dan tuntutan bertindih di Malaysia,
isu-isu ekonomi semasa dan implikasinya terhadap negara,
isu-isu global dan implikasinya terhadap negara,
cabaran-cabaran yang dihadapi negara dan langkah-langkah menanganinya,
serta prospek negara masa depan dalam konteks perkembangan revolusi industri semasa dan era globalisasi.

Buku ini turut memberi tumpuan kepada hubungan negara Malaysia di arena antarabangsa yang merangkumi bagaimana tindak balas, perancangan, kerjasama dan jalinan hubungan diplomatik bagi mengekalkan kedaulatan, kemerdekaan dan keamanan negara.

Seterusnya, para pelajar dapat menganalisis pelbagai fenomena yang berlaku di seluruh dunia meliputi aspek politik, ekonomi, sosial dan pendidikan serta bagaimana negara kita menangani pelbagai masalah yang melanda dunia dalam konteks Malaysia.

Kandungan buku ini sangat sesuai digunakan sebagai rujukan untuk pelajar-pelajar yang mengambil kursus-kursus berkaitan dengan pendidikan sama ada di peringkat diploma, ijazah dan ijazah lanjutan kerana ditulis berdasarkan perubahan dan perkembangan terkini dalam dunia keseluruhannya.

 

There are no reviews for this eBook.

0
0 out of 5 (0 User reviews )

Add a Review

Your Rating *