Komik Santai Sejarah Tingkatan 1
"Zaman berubah, kehidupan juga berubah. Selari dengan perubahan ini, bidang pendidikan juga turut tidak terkecuali berubah bagi menyesuaikan wadah penyampaiannya seiring dengan tuntutan zaman. Dunia kontemporari kini, dunia pascamilenium, dunia siber dan internet yang amat dimesrai generasi baharu. Pengalaman generasi ini jauh sekali berbeza daripada pengalaman generasi awal dalam penyampaian pendidikan.
Kehadiran buku sejarah dalam bentuk komik ini memberikan suatu dimensi baharu dalam memenuhi cita rasa dan tuntutan semasa berbanding dengan generasi awal yang disogokkan fakta untuk dihafal dan dihadam maklumatnya. Kaedah penyampaian dalam bentuk komik ini suatu wadah improvisasi kreatif berbanding cara konvensional yang amat membosankan dan menjemukan dek sarat dengan fakta."
Prof. Madya Dr. Shaiful Bahri bin Md. Radzi
Pusat Kajian Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu, FSKK, UKM, 43600 BANGI.