Olahraga (Balapan dan Padang)
minat sukan dan para atlet yang terlibat secara langsung dengan pengelolaan dan mengajarkan kemahiran olahraga. Buku ini telah diolah dan dikarang oleh penulis yang terlibat dalam kejohanan olahraga sejak tahun 1989 lagi dalam sukan di peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan Sukan Komanwel pada tahun 1998. Berdasarkan pengalaman secara kendiri, penulis telah melahirkan pandangan dan idea tentang kemahiran yang terdapat dalam acara balapan dan padang berdasarkan kepada ketetapan dan peraturan yang dikeluarkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM).
Idea untuk menghasilkan buku ini bukanlah idea spontan, sebaliknya mengambil masa bertahun-tahun untuk mencerna minda menghasilkannya apabila didapati pematuhan dan pemahaman tentang pelaksanaan acara balapan dan padang. Kandungan buku ini memberikan pendedahan dari segi konsep kemahiran acara itu sendiri dari segi perancangan, pelaksanaan dan penilaian.
Diharapkan buku ini sedikit sebanyak akan membantu pemahaman semua pihak yang terlibat dalam olahraga. Kepada para mahasiswa dan siswa guru yang terlibat dengan olahraga, buku ini boleh dijadikan sebagai sebahagian daripada sumber rujukan untuk menelaah dan memahami konsep olahraga terutama bagi acara padang dan balapan.
Buku ini telah diadun dengan konsep pemahaman yang mudah bermula dengan pengenalan kepada acara olahraga. Diikuti dengan penyenaraian organisasi sukan yang terlibat dengan pembangunan sukan di Malaysia dan peranan masing-masing. Akhirnya baharulah diperkenal kemahiran sukan satu persatu dengan penjelasan yang baik berdasarkan maklumat dan gambar rajah yang sesuai.
Buku ini mengandungi sebelas bab yang sangat sesuai untuk pembacaan dan pemahaman khalayak bagi mendapatkan ilmu secara tuntas tentang acara balapan dan padang. Setiap penggiat sukan, pendidik dan bakal pendidik wajar memiliki buku ini sebagai khazanah ilmu sebagai sumber panduan dan rujukan menguruskan acara balapan dan padang. Majulah sukan untuk negara.