Pengakap Muda Jilid 3
Pengakap Muda (Jilid 3): Lencana Jaya dan Anugerah Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara. Itulah tajuk buku hebat ini. Inilah satu-satunya buku rujukan bagi Pengakap Muda pada Abad Ke-21 ini. Terdahulu penulis yang sama telah menghasilkan buku Pengakap Muda juga dan mendapat sambutan di seluruh negara. Ini ialah buku Pengakap Muda yang telah dikemas kini dengan maklumat mutakhir.
Buku ini diolah dan disusun berdasarkan Skim Latihan Pengakap Muda. Buku ini telah ditulis oleh panel yang bertanggungjawab menghasilkan buku skim latihan sewaktu memegang jawatan latihan di ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.
Pemimpin Pengakap Muda yang baharu hendak berjinak-jinak dengan dunia Pengakap Muda sewajarnya memiliki buku ini. Buku ini mengupas beberapa aspek tentang kurikulum Pengakap Muda untuk menjadi panduan kepada pemimpin pengakap untuk mengaturkan latihan dan ujian bagi semua lencana pengakap peringkat Pengakap Muda.
Bagi siswa guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia, buku ini sangat membantu dalam memahami dan mempelajari ilmu pengakap. Sumber rujukan amat terhad, gunakanlah buku ini sepenuhnya. Ibu bapa juga boleh memiliki buku ini bagi membantu permata hati mereka melibatkan diri dalam berpengakap sehingga mencapai anugerah tertinggi dalam Pengakap Muda.