Bina Insan Guru

RM30.00

Author: Amir Hamzah bin Aman

Buku Bina Insan Guru (BIG) ini merupakan satu-satunya buku rujukan yang terdapat dalam pasaran buat masa kini. BIG yang mula diperkenalkan pada awal tahun 2000 menggantikan program Kursus Latihan Membina Semangat (KLMS) yang popular pada tahun 90an. Buku ini ditulis oleh seorang yang sudah lama berkecimpung dalam bidang ini lebih dari 15 tahun sebagai Jurulatih Kokurikulum di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Dr. Amir Hamzah Aman yang mempunyai Ijazah Kedoktoran dalam bidang Bina Insan Guru mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini dan sering memberikan kursus-kursus motivasi, kepimpinan, kemahiran dan aktiviti outdoor.

BIG telah menjadi agenda wajib dalam latihan perguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Kurikulum yang diwujudkan sangat unik dan merupakan satu-satunya latihan insaniah guru mengikut acuan latihan perguruan di Malaysia. Komponen penulisan dalam buku ini terdiri daripada 13 bab seperti berikut:

Pengenalan Program Bina Insan Guru (BIG)

Maklumat Program BIG

Peranan Mentor dalam Program BIG

Latihan dalam Kumpulan

Kewarganegaraan dan Perpaduan Masyarakat

Amalan Pemakanan Sihat

Etiket Sosial dan Protokol

Khidmat Masyarakat dan Gotong-royong

Perkhemahan Program BIG

Pengembaraan dan Ikhtiar Hidup

Keyakinan di Air

Asas Kayak

Asas Abseiling

Buku ini mesti dimiliki oleh siswa guru yang akan mengikuti kurus Bina Insan Guru sebelum mereka bergraduat untuk mendapat maklumat dan gambaran yang jelas tentang BIG. Maklumat tentang kemahiran dalam ilmu BIG tidak mudah untuk diperoleh, justeru penulis mengambil inisiatif untuk menghasilkan buku ini untuk kemudahan semua. Nah tunggu apa lagi… semua siswa guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP), Program Diploma Pasca Pensiswazahan (PDPP) dan Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPM). Bagi Jurulatih Kokurikulum, Pensyarah Mentor dan orang perseorangan yang berminat untuk menambah ilmu tentang BIG, silalah dapatkan buku ini.

Category:

Preview

BIG BW Priting V7

 

Reviews

There are no reviews yet.

Be the first to review “Bina Insan Guru”

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses User Verification plugin to reduce spam. See how your comment data is processed.