Citra Puisi Melayu Merentas Nilai Universal

Sastera merupakan citraan dalam kehidupan manusia di dunia ini. Puisi yang merupakan salah satu genre dalam karya sastera dapat dihubungkan dengan konsep nilai yang diperoleh berdasarkan perspektif Islam, budaya Melayu dan Barat. Melalui gabungan daripada ketiga-tiga perspektif nilai ini, dapat diteliti dan dilihat nilai-nilai yang berlandaskan kepada sifat-sifat universal seperti nilai patriotisme, perpaduan, kekeluargaan, kerajinan dan nilai-nilai luhur yang dijelmakan oleh penyair pelbagai kaum di Malaysia melalui puisi. Pemilihan nilai-nilai universal ini boleh disesuaikan dengan kehidupan masyarakat negara ini, walaupun mempunyai perbezaan agama, bangsa dan budaya. Kesesuaian nilai-nilai ini dapat dilihat melalui hubungan masyarakat mengikut acuan Malaysia yang antaranya telah digariskan dalam sistem pendidikan di Malaysia.

RM10

Category: