Komik Santai Sejarah Tingkatan 2

Komik Santai Sejarah Tingkatan 2 ini dihasilkan khusus bagi memudahkan calon Tingkatan 2 menguasai dan memahami kandungan berdasarkan keperluan Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Murid sering merungut bahawa mata pelajaran Sejarah begitu padat dengan fakta dan maklumat serta membosankan sehinggakan mereka sukar memahami seterusnya menghabiskan sukatan pelajaran yang agak luas. Justeru, penghasilan buku ini adalah satu usaha untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih efektif. Sungguhpun buku ini berbentuk komik namun diimbangi dengan fakta dan maklumat yang memenuhi kandungan sukatan DSKP terkini.

Setiap bab turut disediakan soalan-soalan mengikut format dan piawaian instrumen PT3 terkini iaitu Bahagian A (Objektif-Aneka Pilihan), Bahagian B (Subjektif-Respons Terhad) dan Bahagian C (Subjektif-Respons Terbuka). Dengan menjawab soalan-soalanyang dikemukakan, dapat menguji kefahaman murid serta penguasaan kandungan DSKP Sejarah Tingkatan 2.

RM10

Category: