KUMPULAN 101 PUISI PUISI MUKA BUKU #bukansekadarkary

Badrul melakukan apa-apa yang beliau suka dengan menggunakan medium
Facebook untuk berpuisi sebagai satu saluran eskapsinya dalam menyampaikan
gelodak rasa yang berkeliaran dalam minda marhaen intelektualnya atau yang
saya gelarkan sebagai puisi-puisi martel.
Apa itu puisi-puisi martel? Saya menghuraikannya begini. Kerjaya penulis
sebagai seorang ahli akademik sudah pasti dipenuhi dengan segala macam
metodologi penyelidikan, persoalan-persoalan signifikan atau tidak signifikan,
interpretasi data, hipotesis dan kesahan dapatan. Namun, pada sisi lain, Badrul
memiliki watak kemanusiaan yang tinggi. Menurut saya, Badrul seorang realis.
Ini dibuktikan dengan hampir keseluruhan puisinya membicarakan tentang
marhaen dan kemarhaenan, mengangkat dan mengungkap hal-hal biasa dalam
meladeni kehidupan sama ada kehidupan berkeluarga, bermasyarakat mahupun
isu-isu kenegaraan. Beliau membicarakan sesuatu yang sangat dekat dengan
kehidupan golongan terbanyak. Apabila membaca puisi-puisi beliau, seakan kita
sedang membaca diri kita sendiri.

RM10

Category: