Pedagogi Kontemporari (Online E-Book) 1 year subscription
RM10.00 for 1 year
Buku Pedagogi Kontemporari ini ditulis oleh tujuh orang pensyarah yang berpengalaman dalam pelbagai bidang pendidikan di negara ini. Buku ini dianggap penting kerana kandungannya merangkumi elemen-elemen baharu yang perlu dikuasai oleh setiap guru di Malaysia selaras dengan pelaksanaan PPPM 2013-2025 dan semakan semula kurikulum KSSR dan KSSM. Elemen baharu yang diterapkan dalam pendidikan masa kini memberi penekanan terhadap reka bentuk kurikulum serta kaedah pentaksiran yang mampu melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif.
Terdapat tujuh topik yang dibincangkan dalam buku ini iaitu Kapasiti Pedagogi Pembelajaran Bermakna, Pedagogi Terbeza, Pentaksiran Bilik Darjah, Pemikiran Komputasional dalam Pendidikan, Pembelajaran Bahasa Melayu abad ke-21, Pengajaran dan Pembelajaran Seni Berbahasa dengan menggunakan pendekatan Didik Hibur serta kupasan tentang Tulisan Jawi yang menjadi kontradiksi dalam sistem pendidikan di negara ini.
Additional information
Online e-Book or Physical Book | Online e-Book, Physical Book |
---|
Reviews
There are no reviews yet.