Penaziran Kokurikulum Sekolah: Satu Penilaian Bermakna
Bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan kokurikulum sekolah, elok dapatkan buku Penaziran Kokurikulum Sekolah (Satu Penilaian Bermakna) untuk memberi pemahaman konsep yang lebih mantap. Buku ini telah digarap oleh mereka yang terlibat secara langsung dalam mereka cipta, memantau dan menilai kokurikulum.
Kokurikulum bukanlah satu pembelajaran akademik di dalam kelas, sebaliknya kokurikulum ini merupakan satu kemahiran insaniah yang membentuk kemenjadian murid apabila dewasa kelak. Penglibatan secara berterusan dan bimbingan yang mantap dalam bidang kelab dan persatuan, unit beruniform serta sukan dan permainan akan melahirkan modal insan warga negara yang mempunyai jati diri yang tinggi.
Gabungan akademik dan kokurikulum ini akan menjadikan anak-anak Malaysia yang menamatkan sekolah dapat menyahut Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru juga akan lebih yakin kerana panduan tentang penaziran kokurikulum ini akan membantu mereka dalam menyusun, mengadun, melaksana dan menilai kokurikulum dengan lebih tuntas.
Penulis buku ini antaranya ialah Dr. Amir Hamzah bin Aman, iaitu Pensyarah Cemerlang (Kokurikulum) daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu yang telah mendapat sijil kepakaran daripada Rektor IPGM dan menjadi pakar rujuk bagi kursus-kursus kokurikulum di IPGM.
Encik Mohd Kammal Ahmad Kammaruddin bin Jalil pula merupakan Timbalan Ketua Nazir Negeri, Jemaah Nazir Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Penglibatan beliau dalam bidang penaziran telah mencetuskan satu fenomena untuk membantu guru dari segi penyediaan rekod dan maklumat lengkap kokurikulum di sekolah.
Encik Mohd Zarrawi Ravi bin Abdullah merupakan Timbalan Ketua Nazir Sekolah (Penaziran Hal Ehwal Murid dan Kokurikulum) di Kementerian Pendidikan Malaysia. Orang yang bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan kokurikulum di sekolah berada di landasan yang tepat