Pengurusan Persatuan
Buku Pengurusan Persatuan merupakan buku rujukan terkini berdasarkan kepada situasi dan fenomena hari ini yang memerlukan pendidik lebih berdaya dalam menyampaikan maklumat kepada bakal peneraju negara pada masa hadapan.
Dalam menguruskan persatuan terdapat sedikit kesukaran jika selama ini pendidik banyak bergantung kepada teori dan pengalaman kecil yang dilalui pada zaman persekolahan dahulu. Kini, murid telah didedahkan secara maya dan alamiah tentang perkembangan dunia secara pesat. Sudah pastilah para pendidik perlu mempunyai ilmu selangkah di hadapan daripada anak didik mereka.
Bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan pengurusan persatuan, eloklah dapatkan Buku Pengurusan Persatuan untuk memberi pemahaman konsep yang lebih mantap. Buku ini telah digarap oleh penulis yang terlibat secara langsung dalam mereka cipta, memantau dan menilai kurikulum persatuan itu sendiri.
Gabungan akademik dan berpersatuan ini akan menjadikan anak-anak Malaysia yang menamatkan sekolah dapat menyahut Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru juga akan lebih yakin kerana panduan tentang pengurusan persatuan ini akan membantu mereka dalam menyusun, mengadun, melaksana dan menilai kokurikulum persatuan dengan lebih tuntas.
Buku ini telah diolah dengan memuatkan maklumat terkini pengisian maklumat pengurusan persatuan. Penulis buku ini ialah Dr. Amir Hamzah Aman, iaitu Pensyarah Cemerlang (Kokurikulum) dari Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu yang telah mendapat sijil kepakaran daripada Rektor IPGM dan menjadi pakar rujuk bagi kursus-kursus kokurikulum di IPGM