Pengurusan Kokurikulum dan Kesihatan Diri
Buku Kokurikulum dan Kesihatan Diri merupakan buku rujukan terkini berdasarkan kepada sukatan subjek terkini yang diperkenalkan pada tahun 2022. Bagi mereka yang terlibat secara langsung dengan kokurikulum sekolah dan kesihatan diri, eloklah dapatkan buku Kokurikulum dan Kesihatan Diri untuk memberi pemahaman konsep yang lebih mantap. Buku ini telah digarap oleh penulis yang terlibat secara langsung dalam mereka cipta, memantau dan menilai kokurikulum.
Buku Kokurikulum dan Kesihatan Diri bukanlah satu pembelajaran akademik di dalam kelas semata-mata, sebaliknya Kokurikulum dan Kesihatan Diri ini merupakan satu kemahiran insaniah yang membentuk kemenjadian murid apabila dewasa kelak. Penglibatan secara berterusan dan bimbingan yang mantap dalam Kokurikulum dan Kesihatan Diri akan melahirkan modal insan warga negara yang mempunyai jati diri yang tinggi.
Gabungan akademik dan kokurikulum ini akan menjadikan anak-anak Malaysia yang menamatkan sekolah dapat menyahut Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru juga akan lebih yakin kerana panduan tentang penaziran kokurikulum ini akan membantu mereka dalam menyusun, mengadun, melaksana dan menilai kokurikulum dengan lebih tuntas.
Buku ini telah diolah dengan memuatkan maklumat terkini pengisian Kokurikulum dan Kesihatan Diri. Penulis buku ini ialah Dr. Amir Hamzah bin Aman, iaitu Pensyarah Cemerlang (Kokurikulum) daripada Institut Pendidikan Guru Kampus Bahasa Melayu yang telah mendapat sijil kepakaran daripada Rektor IPGM dan menjadi pakar rujuk bagi kursus-kursus kokurikulum di IPGM.