Panduan Bulan Sabit Merah Malaysia bagi Kanak-Kanak
Memperkasa Unit Kanak-Kanak Bulan Sabit Merah Malaysia Sekolah Rendah merupakan satu penulisan yang eksklusif bagi memenuhi permintaan dalam siri latihan Pegawai Link, Bulan Sabit Merah Malaysia di Institut Pendidikan Guru Malaysia. Inilah satu-satunya buku rujukan terkini Unit Kanak-Kanak Bulan Sabit Merah Malaysia Sekolah Rendah pada Abad Ke-21 ini.
Buku ini telah diolah dengan memasukkan maklumat mutakhir berdasarkan Buku Panduan No.1, Buku Panduan No.3, Buku Panduan No.5, Buku Panduan No.6 dan Buku Panduan No.7, yang diguna pakai oleh Bulan Sabit Merah Malaysia, dan diselaraskan dengan Maklumat Kursus bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Edisi 2022 yang dibangunkan oleh Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM).
Pegawai BSMM di sekolah yang baharu hendak berjinak-jinak dengan dunia Unit Kanak-Kanak BSMM sewajarnya memiliki buku ini. Buku ini mengupas beberapa aspek tentang kurikulum ahli Kanak-Kanak untuk menjadi panduan kepada Pegawai BSMM untuk mengaturkan latihan dan ujian bagi semua kurikulum ahli kanak-kanak agar ahli BSMM akan memperoleh ilmu yang sewajarnya mengikut kurikulum yang diperuntukkan.
Bagi siswa guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia, buku ini sangat membantu dalam memahami dan mempelajari ilmu Unit Kanak-Kanak (Link) Bulan Sabit Merah Malaysia. Sumber rujukan amat terhad, gunakanlah buku ini sepenuhnya. Ibu bapa juga boleh memiliki buku ini bagi membantu permata hati mereka melibatkan diri dalam Unit Kanak-kanak BSMM sebelum melangkah ke alam Unit Belia di sekolah menengah nanti.