Pengakap Kanak-kanak
Pengakap Kanak-kanak. Itulah tajuk buku hebat ini. Inilah satu-satunya buku rujukan bagi Pengakap Kanak-kanak pada Abad Ke-21 ini. Terdahulu penulis yang sama telah menghasilkan buku Pengakap Kanak-kanak juga dan mendapat sambutan di seluruh negara. Ini ialah buku Pengakap Kanak-kanak yang telah dikemas kini dengan maklumat mutakhir.
Buku ini diolah dan disusun berdasarkan Skim Latihan Pengakap Kanak-kanak. Buku ini telah ditulis oleh panel yang bertanggungjawab menghasilkan buku skim latihan sewaktu memegang jawatan latihan di ibu pejabat Persekutuan Pengakap Malaysia.
Pemimpin Pengakap Kanak-kanak yang baharu hendak berjinak-jinak dengan dunia Pengakap Kanak-kanak sewajarnya memiliki buku ini. Buku ini mengupas beberapa aspek tentang kurikulum Pengakap Kanak-kanak untuk menjadi panduan kepada pemimpin pengakap untuk mengaturkan latihan dan ujian bagi semua lencana pengakap peringkat Pengakap Kanak-kanak.
Bagi siswa guru di Institut Pendidikan Guru Malaysia, buku ini sangat membantu dalam memahami dan mempelajari ilmu pengakap. Sumber rujukan amat terhad, gunakanlah buku ini sepenuhnya. Ibu bapa juga boleh memiliki buku ini bagi membantu permata hati mereka melibatkan diri dalam berpengakap sehingga mencapai anugerah tertinggi dalam Pengakap Kanak-kanak.