Pedagogi Terbeza

(0 User reviews)   1
Hapsah Majid, Sharifah Said, Abd Khahar Saprani, Zanariah Ibrahim, Mek Nah Bakar 978-967-0036-09-0 MK E-Solutions Sdn Bhd 2024
220 Malay
Buku Pedagogi Terbeza: Satu Anjakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini memberi pendedahan kepada guru supaya Pedagogi Terbeza menjadi suatu amalan terbaik dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat...
Subscribe Now

Buku Pedagogi Terbeza: Satu Anjakan dalam Pengajaran dan Pembelajaran ini memberi pendedahan kepada guru supaya Pedagogi Terbeza menjadi suatu amalan terbaik dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran selaras dengan hasrat Kementerian Pendidikan melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025).

Guru perlu mengambil perhatian terhadap perbezaan murid dalam pelbagai aspek semasa mereka bentuk pengajaran. Perkara dasar dalam kerjaya seseorang guru ialah mengetahui dan mengamalkan pedagogi dalam pengajaran dengan baiknya. Muktahir ini, pedagogi hendaklah menjurus kepada memenuhi keperluan murid dan tidak lagi kepada kehendak guru sahaja. Hal ini dijelaskan dalam rasional, tujuan dan kepentingan Pedagogi Terbeza.

Elemen penting dalam Pedagogi Terbeza iaitu kandungan, proses, produk dan persekitaran dihuraikan dengan terperinci bagi memudahkan guru memahami seterusnya melaksanakan PdP yang berkesan dan menepati keperluan murid. Pemetaan dan huraian tentang pola Pedagogi Terbeza juga dijelaskan dalam buku ini supaya guru dapat membezakan pola yang dipatenkan dalam Pedagogi Terbeza.

Seterusnya, contoh-contoh Rancangan Pengajaran Harian (RPH) juga disertakan bagi memudahkan guru mengadaptasikan pengajaran mereka sesuai dengan pola yang dipilih. Bagi melazimkan tatacara kitaran PdP guru, buku ini menyediakan satu Reka Bentuk Pengajaran Pedagogi Terbeza yang mengandungi enam fasa yang bermula daripada fasa analisis hingga fasa penilaian.

Akhir sekali, dimuatkan juga maklumat tentang aplikasi digital atau teknologi maklumat supaya buku ini mencakupi tiga keperluan dalam pengajaran, iaitu penguasaan guru dalam teknologi, pedagogi dan ilmu kandungan (Technological Pedagogical Content Knowledge - TPACK).

Semoga buku ini dapat membantu semua pihak khasnya para pendidik agar mengutamakan faktor murid dalam merancang dan melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sama ada di bilik darjah ataupun di luar bilik darjah.

There are no reviews for this eBook.

0
0 out of 5 (0 User reviews )

Add a Review

Your Rating *

Related eBooks