Seni dalam Pendidikan
Buku Seni dalam Pendidikan dihasilkan oleh penulis yang terdiri daripada tujuh orang pensyarah yang berpengalaman dalam bidang seni visual, seni muzik dan seni pergerakan. Kandungan buku ini disusun selari dengan kurikulum Seni dalam Pendidikan di Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) yang membincangkan konsep seni dalam pengajaran dan pembelajaran sehinggalah aktiviti seni yang boleh dihasilkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan utama kepada pelajar dari pelbagai institut pendidikan seperti IPGM, Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) dan Institut Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS). Penyusunan bab dan penulisan yang teliti serta komprehensif tentang Seni dalam Pendidikan akan memudahkan pelajar memahami komponen-komponen Seni dalam Pendidikan seterusnya dapat diimplementasikan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran kelak.
Buku ini dibahagikan kepada enam bab yang dimulakan dengan:
pengenalan kepada seni dalam pengajaran dan pembelajaran,
keperluan dan keinginan asas murid,
seni visual dalam pengajaran dan pembelajaran,
muzik dan pergerakan asas dalam pengajaran dan pembelajaran,
aktiviti meneroka serta memperoleh pengalaman dan mengekspresi melalui seni.
Bab terakhir memaparkan aktiviti seni dalam pengajaran dan pembelajaran.
Setiap bab dalam buku ini menghuraikan tentang konsep dan komponen dalam seni visual, seni muzik dan seni pergerakan yang boleh diintegrasikan dengan pelbagai mata pelajaran dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
Buku ini perlu dimiliki oleh pelajar dan pendidik yang mahu mempelbagaikan strategi pengajaran yang mengintegrasikan seni dalam pengajaran dan pembelajaran.