Pendidikan Islam

(0 User reviews)   7
Mohd Nahi Abdullah, Mohd Hilmi Rozali, Junainah Mohamad Salleh, Mohd Nasri Abdullah, Jainudin Ngah, Mohammad Rusdi Ab.Majid, Zahiah Haris @Harith, Mustapha Kamal Ahmad Kassim, Nurazizah Maarup, Norhatimah Mohamad 978-967-0036-27-4 MK E-Solutions Sdn Bhd 2025
203 Malay
Buku Pendidikan Islam ini merupakan wadah akademik yang ditulis oleh 10 orang pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dari pelbagai kampus yang berpengalaman luas dalam bidang Pendidikan Islam. Kandungan buku ini disusun...
Subscribe Now

Buku Pendidikan Islam ini merupakan wadah akademik yang ditulis oleh 10 orang pensyarah Institut Pendidikan Guru Malaysia (IPGM) dari pelbagai kampus yang berpengalaman luas dalam bidang Pendidikan Islam. Kandungan buku ini disusun selaras dengan topik-topik yang terkandung dalam Maklumat Kursus (MK) Pendidikan Islam yang digunakan sebagai subjek generik bagi Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda (PPISMP) di IPGM.

Penulisan buku ini membincangkan topik-topik utama yang perlu difahami oleh seorang muslim iaitu peranan al-Quran dan al-Sunnah sebagai panduan hidup, asas akidah Islam, falsafah solat dan kepentingan solat dalam kehidupan, sirah Rasulullah SAW dan penghayatan terhadap sunnah Rasulullah SAW yang difahami melalui sirah, konsep akhlak dan isu-isu kemerosotan akhlak serta perbahasan berkaitan peranan sebenar manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.

Secara terperinci, setiap topik dihuraikan dengan skop perbincangan yang bermula daripada konsep-konsep yang mendasar sehinggalah kepada penggabungjalinan yang mencakupi aspek-aspek kehidupan sebenar. Peranan al-Quran dan al-Sunnah misalnya dilihat berfungsi memberikan panduan hidup dalam pelbagai bidang termasuk ekonomi, politik, sosial, kebajikan dan pendidikan. Seterusnya konsep solat pula dilihat bukan sekadar tatacara lima waktu yang wajib dilunaskan bahkan dilihat dari pelbagai perspektif termasuk sains, kesihatan dan kepimpinan. Dengan itu, konsep-konsep asas yang dibahaskan lebih bersifat kontekstual dan praktikal sesuai dengan Islam sebagai cara hidup.

Buku ini sangat bermanfaat bukan sahaja kepada para pembaca yang terdiri daripada pelajar sekolah mahupun para pelajar di institusi pengajian tinggi tetapi juga memberi panduan kepada orang awam bagi merealisasikan pembentukan karakter khalifah Allah di muka bumi.

There are no reviews for this eBook.

0
0 out of 5 (0 User reviews )

Add a Review

Your Rating *

Related eBooks