Pengajaran Kemahiran Bahasa dalam Bahasa Melayu

(0 User reviews)   3
Rozita Omar, Shamsul Aizuwani Nawi, Suhasni Dollah, Faridah Nazir, Nor Fazilah Noor Din 978-967-0036-65-6 MK E-Solutions Sdn Bhd 2025
256 Malay
Buku ini memuatkan perbincangan yang mendalam tentang kemahiran bahasa dalam bahasa Melayu. Kemahiran berbahasa merupakan satu cabang ilmu dalam skop bahasa yang meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran...
Subscribe Now

Buku ini memuatkan perbincangan yang mendalam tentang kemahiran bahasa dalam bahasa Melayu. Kemahiran berbahasa merupakan satu cabang ilmu dalam skop bahasa yang meliputi kemahiran mendengar, bertutur, membaca, dan menulis. Kemahiran berbahasa ini merupakan teras kepada individu yang ingin menguasai bahasa baku dengan betul dan sempurna.

Buku ini mempamerkan kekuatannya yang tersendiri dengan mengetengahkan perbincangan mengenai:

kaedah pengajaran,
penerangan dan contoh bahan bantu belajar,
contoh aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam setiap kemahiran,
penghuraian standard pembelajaran,
malah dilengkapi dengan contoh rancangan pengajaran harian beserta penulisan refleksi.

Kelebihan buku ini dipaparkan melalui konteks perbincangan mendalam yang meliputi aspek kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis termasuk aspek lain yang bermanfaat untuk guru seperti pentaksiran dan kapasiti pedagogi pembelajaran bermakna.

Kandungan buku ini amat membantu guru-guru bahasa Melayu khususnya dalam melaksanakan pengajaran. Buku ini juga amat sesuai dan relevan digunakan sebagai rujukan pelajar di institusi pendidikan tinggi awam dan swasta yang menawarkan kursus pendidikan bahasa Melayu, serta kepada guru pelatih di Institut Pendidikan Guru (IPG) termasuk peserta kursus dalam cuti program Diploma Perguruan Malaysia serta seluruh warga pendidikan yang bercita-cita untuk memartabatkan bahasa Melayu.

There are no reviews for this eBook.

0
0 out of 5 (0 User reviews )

Add a Review

Your Rating *

Related eBooks