Sejarah Islam Sehingga Zaman Kerajaan Bani Abbasiyah

(0 User reviews)   4
Ismail Said, Mohd Ashraf Ibrahim, Meor Aris Meor Hamzah, Muhammad Ridzuan Idris, Haslindawati Saari, Shakimah Che Hasbullah 978-967-0036-20-5 MK E-Solutions Sdn Bhd 2024
212 Malay
Buku Sejarah Islam Sehingga Zaman Kerajaan Abbasiyah merupakan wadah penulis yang terdiri daripada enam orang pensyarah yang berpengalaman dalam bidang Sejarah Islam. Kandungan buku ini disusun selaras dengan kurikulum Sejarah di...
Subscribe Now

Buku Sejarah Islam Sehingga Zaman Kerajaan Abbasiyah merupakan wadah penulis yang terdiri daripada enam orang pensyarah yang berpengalaman dalam bidang Sejarah Islam. Kandungan buku ini disusun selaras dengan kurikulum Sejarah di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang membincangkan tentang Sejarah Islam dari Zaman Jahiliyah, Zaman Rasulullah SAW, Zaman Khulafa Al-Rasyidin, Zaman Kerajaan Umaiyah sehingga akhir Zaman Kerajaan Abbasiyah.

Buku ini boleh dijadikan bahan rujukan utama kepada pelajar dari pelbagai institusi pendidikan seperti IPG, IPTA, dan IPTS. Penyusunan bab dan penulisan yang teliti dan komprehensif tentang sejarah Islam dari Zaman Jahiliah sehingga Zaman Kerajaan Abbasiyah akan memudahkan pelajar memahami perkembangan sejarah Islam.

Buku ini dibahagikan kepada enam bab yang dimulakan dengan Zaman Jahiliah, diikuti Zaman Nabi Muhammad SAW, seterusnya Zaman Khulafa Al-Rasyidin, Zaman Kerajaan Umaiyah Tahap Satu dan Zaman Kerajaan Umaiyah Tahap Dua. Bab terakhir membincangkan Zaman Kerajaan Abbasiyah. Setiap bab dalam buku ini membincangkan tentang perkembangan dan peralihan zaman yang memberi kesan kepada perubahan sistem politik, ekonomi dan juga sosial.

Buku ini perlu dimiliki oleh semua pelajar yang mengambil kursus Sejarah Islam sama ada pelajar STPM, diploma dan ijazah Sarjana Muda.

There are no reviews for this eBook.

0
0 out of 5 (0 User reviews )

Add a Review

Your Rating *

Related eBooks