Sejarah Lisan dan Pendokumentasian

(0 User reviews)   5
Ramlah Ghani, Murni Deraman, Arba'iyah Mohd Noor, Haslindawati Saari, Shakimah Che Hasbullah, Hartini Husain 978-967-0036-18-2 MK E-Solutions Sdn Bhd 2024
158 Malay
Buku Sejarah Lisan dan Pendokumentasian adalah sebuah buku yang membicarakan tatacara pengumpulan maklumat melalui kaedah lisan. Pembaca didedahkan tentang bagaimana sumber sejarah dikategorikan serta pandangan dua orang pengkaji...
Subscribe Now

Buku Sejarah Lisan dan Pendokumentasian adalah sebuah buku yang membicarakan tatacara pengumpulan maklumat melalui kaedah lisan. Pembaca didedahkan tentang bagaimana sumber sejarah dikategorikan serta pandangan dua orang pengkaji sejarah dari Barat yang memberikan perspektif mereka berkenaan kedudukan fakta sejarah yang benar dan sekaligus perspektif mereka ini turut menyediakan suatu corpus baharu dalam bidang sejarah lisan.

Cakupan buku ini turut memperincikan kaedah merancang projek dan proses rakaman lisan, langkah dan proses transkripsi serta isu-isu yang muncul di sekitar pelaksanaan sejarah lisan. Pendedahan ini diharapkan dapat membantu pelajar dan para pengkaji untuk mengumpul maklumat lisan secara lebih tepat atau mendekati kebenaran sejarah. Hal ini sangat penting bagi memberikan suatu cabang alternatif berkenaan kajian sejarah di Malaysia.

Memandangkan kita berdepan dengan situasi kekurangan sumber-sumber bertulis maka sumber daripada sejarah lisan seharusnya diketengahkan untuk memastikan peristiwa sejarah itu dapat dihidupkan kembali. Pengumpulan maklumat daripada sejarah lisan diharapkan dapat menyelamatkan fakta-fakta sejarah yang tertinggal daripada arus sejarah kebangsaan akibat tidak ditulis atau dirakamkan dalam bentuk catatan bertulis, terutamanya peristiwa-peristiwa sejarah yang dikelaskan sebagai "sejarah dari bawah" atau sejarah rakyat kelas bawahan.

Peristiwa yang tidak ditulis tidaklah bermakna hal berkenaan tidak pernah berlaku. Peristiwa itu wujud dalam pemikiran orang-orang dari kelas biasa yang mengalaminya. Sekiranya tidak dikumpulkan maka peristiwa tersebut akan berakhir sebaik sahaja kematian menjemput aktor-aktor sejarah berkenaan.

Matlamat asal penulisan buku ini adalah untuk menjadi rujukan kepada pelajar-pelajar di Institut Pendidikan Guru (IPG) dan para pensyarahnya. Bagaimanapun buku ini juga sesuai untuk dibaca oleh khalayak ramai kerana kandungannya yang bertindak sebagai manual pengguna untuk para peminat sejarah mengumpul maklumat lisan dan mewujudkan data yang dikumpul sama ada dalam bentuk rakaman ataupun bertulis.

Diharapkan dengan adanya minat untuk mengumpul maklumat sejarah melalui kaedah lisan maka sejarah dari bawah atau sejarah rakyat biasa dapat dimartabatkan dan mencantumkan beberapa fragmentasi sejarah yang masih tidak terjawab sehingga kini.

There are no reviews for this eBook.

0
0 out of 5 (0 User reviews )

Add a Review

Your Rating *

Related eBooks