Kuasa Barat: Kedatangan, Pentadbiran dan Penentangan Penduduk Tempatan

(0 User reviews)   1
Dr. Mahdi Shuid 978-967-0036-42-7 MK E-Solutions Sdn Bhd 2025
115 Malay
Penghasilan buku sejarah dalam bentuk komik ini memberikan suatu dimensi baharu sebagai wadah penyampaian supaya mudah difahami oleh para pembaca. Persembahan ilustrasi komik yang berwarna-warni akan membantu pembaca mengingat...
Subscribe Now

Penghasilan buku sejarah dalam bentuk komik ini memberikan suatu dimensi baharu sebagai wadah penyampaian supaya mudah difahami oleh para pembaca. Persembahan ilustrasi komik yang berwarna-warni akan membantu pembaca mengingat fakta-fakta sejarah yang terlalu banyak.

Buku ini dimulakan dengan kedatangan kuasa Barat iaitu faktor kedatangan kuasa Barat dan strategi kuasa Barat untuk menguasai negara kita. Setelah menguasai negara kita, mereka membentuk pentadbiran seperti pentadbiran Negeri-negeri Selat, pentadbiran Negeri-negeri Melayu Bersekutu, pentadbiran Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan pentadbiran Barat di Sarawak dan Sabah. Selepas itu dipaparkan kesan pentadbiran Barat terhadap sistem ekonomi dan sosial di negara kita.

Kedatangan kuasa Barat menimbulkan penentangan masyarakat tempatan seperti di Naning, Negeri Sembilan, Pahang, Sabah, Sarawak, Kelantan, Perak dan Terengganu. Bab terakhir buku ini membincangkan kebijaksanaan raja dan pembesar tempatan menangani cabaran Barat seperti Temenggung Daeng Ibrahim dan Sultan Abdul Hamid Halim Shah.

Buku ini sesuai dibaca dan dihayati oleh orang awam khususnya murid-murid di sekolah rendah dan menengah supaya dapat memperoleh pengetahuan tentang sejarah negeri-negeri di Malaysia.

There are no reviews for this eBook.

0
0 out of 5 (0 User reviews )

Add a Review

Your Rating *

Related eBooks