Pendekatan Pengurusan: Penerapan Terhadap Karya Sastera

(0 User reviews)   1
Mohamad Mokhtar Abu Hassan 978-967-19311-6-5 MK E-Solutions Sdn Bhd 2022
84 Malay
Buku Pendekatan Pengurusan: Penerapan Terhadap Karya Sastera merupakan usaha penulis menjelaskan secara komprehensif pendekatan pengurusan dan analisis terhadap karya sastera. Buku yang mengandungi lima bab ini mengemukakan definisi dan...
Subscribe Now

Buku Pendekatan Pengurusan: Penerapan Terhadap Karya Sastera merupakan usaha penulis menjelaskan secara komprehensif pendekatan pengurusan dan analisis terhadap karya sastera. Buku yang mengandungi lima bab ini mengemukakan definisi dan konsep serta prinsip-prinsip yang terdapat dalam pendekatan pengurusan, iaitu perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, penstafan (tenaga kerja) dan kawalan.

Selanjutnya penulis menerapkan pendekatan pengurusan terhadap dua buah cerita binatang, iaitu yang bertajuk "Gergasi Berperang dengan Gajah" dan Hikayat Pelanduk Jenaka (Syeikh Alam Berlawan dengan Raksasa); dua buah karya cerpen, iaitu yang bertajuk "Di Sebalik Sirat Makna" karya Abang Median Abang Said dan cerpen yang bertajuk "Sebuah Khemah Didirikan" karya Usman Awang; dan dua buah karya novel, iaitu yang bertajuk Hari-hari Terakhir di Jesselton karya Ruhaini Matdarin dan novel yang bertajuk Bukit Kepong karya Ismail Johari.

Pendekatan pengurusan dalam kritikan sastera, bukan sahaja menjadikan dunia kritikan sastera lebih menarik, bahkan dapat mendidik dan menyedarkan khalayak bahawa pentingnya pengurusan dalam membina kehidupan manusia secara tersusun dan teratur.

Buku ini membantu pembaca memahami pendekatan pengurusan dan cara menganalisis karya dengan menerapkan prinsip-prinsip pendekatan pengurusan yang ternyata amat komprehensif. Buku ini amat sesuai sebagai rujukan kepada para pelajar Tingkatan Enam (STPM) yang mengambil mata pelajaran Kesusasteraan Melayu Komunikatif, para mahasiswa, para pensyarah, para pengkaji dan peminat kesusasteraan Melayu.

There are no reviews for this eBook.

0
0 out of 5 (0 User reviews )

Add a Review

Your Rating *

Related eBooks